
Cantek nye lampuuuuu...

Darul = bapak tiri (garang)
Hari Jumaat lepas Dina gi Genting untuk celebrate birthday kawan... girlfriend pada si Darul ni, Yani... Lupa lak nak ambik gambar dengan Yani. Sekali sekala naik Genting seronot gak. Cuaca malam tu pun tak la sejuk gila... Mungkin sebab cuaca sekarang ni yang memang panasss... Kalau cuaca kat KL macam cuaca kat Genting, memang best arr...
On the way naik ke Genting tu, tetiba lampu aladdin kereta menyala (bukan kereta Dina. Syuqran Alhamdulilah, sihat). Tak berapa risau sangat lah sebab kereta tu memang ada problem dengan fius lampu. Semua pintu dah tutup rapat pun, lampu warning pintu tak rapat tu berkelip kelip. So kitorang park kereta kat basement hotel tu. Kitorang pun check lah minyak hitam. Terkejut! Memang betul betul minyak hitam dah kering!! Padahal baru je hantar kereta gi service dalam 3 mingg lepas. Oh, tidaaaaaaaakkk... Dah la kat Genting nih! Takpelah, pegi celebrate birthday Yani dulu. Kat hotel lobby tu terserempak dengan sorang pakcik polis peronda ni. Kitorang tanya lah kat dia mana nak carik minyak hitam malam malam ni... Nasib baik lah dia sudi dan sanggup tolong dapatkan minyak hitam.
So bila dah selesai celebrate birthday Yani, kitorang pegi lah isi minyak hitam dalam kereta. Tengok tengok kereta tak buleh start!! Oh, tidaaaaaaakkk... Cuba punya cuba, tak buleh jugak. Tow truck pulak tak lepas nak masuk parking basement tu sebab sempit & rendah sangat. So takleh nak call tow truck. So tumpanglah kereta Darul dengan Yani pi balik KL...
Keesokan hari nya (Sabtu) kena pegi Genting balik. Ada van yang tolong tarikkan kereta keluar daripada basement. Phew!!! Ada mechanic kat situ tapi diorang pun tak leh nak repair... So kereta masih takleh start... Terpaksa lah tinggalkan kereta kat Genting untuk satu malam lagi...
Keesokan hari nya (Ahad) pegi Genting balik, call tow truck dan bawak gi bengkel kat KL. Jadi sekarang ni kereta tu tak tau lah apa masalah nye... Kena lah tunggu sampai dah repair...
Moral of the story = berhati hati bila beli kereta. Kalau kereta tu susah nak carik spare parts, resale value pun kureng, haaa... beli je lah kereta MyVi! Huhu!!