Maya Karin

Haihh... cantik nye Maya Karin nih..! Kan best kalau Dina cantik macam Maya? Hahahahhh... Dina bukan lah peminat dia, tapi Dina respect dengan Maya dan Dina rasa industri hiburan kat Malaysia ni berbaloi ada bakat macam Maya ni. Cuma part menyanyi je lah Maya macam kureng sikit. Tapi part berlakon, mengacara, modelling... WOW!! Anyway, ada article pasal Maya Karin... Sila lah baca : )

__________________________________________

Maya Dalam Filem Indie

AKTRES jelita, Maya Karin sudah pasti kini sedang sibuk dengan perkahwinannya yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.

Namun, Maya pernah mengatakan kepada Papa meskipun dia bergelar isteri, dia sesekali tidak akan melupakan kerjayanya sebagai aktres.

Papa memang kagum dengan Maya kerana dia adalah seorang aktres yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri dan sesekali tidak pernah mencipta kontroversi mahupun mencari publisiti murahan.

Malah, dia juga seorang aktres yang berani melakukan perubahan demi meningkatkan kualiti lakonannya dan terbaru yang Papa dapat tahu, Maya rupanya dalam diam telah terlibat dalam sebuah filem independent (indie) yang berjudul Punggok Rindukan Bulan. Pandai sungguh Maya berahsia ya!

Dalam filem yang diarahkan oleh Azharr Rudin itu, Maya memegang watak sebagai Roza iaitu seorang ibu yang meninggalkan suaminya yang dilakonkan oleh Shahronizam Noor dan anaknya tanpa pesan.

Dan tidak silap Papa, filem berkenaan akan ditayangkan pada 25 September depan.

Jadi, kalau mahu melihat lakonan pertama Maya dalam sebuah filem independent, marilah kita serbu panggung nanti dan menonton lakonan Maya.

:: utusan.com.my :: 23 julai

Komen

Masukkan Komen

Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!