Misunderstood

Semalam Dina on-air pukul 5 ptg - 8 mlm. Kali pertama Dina merasa berbuka kat konti. Okay je, takde rasa sedih ke apa. Awal-awal lagi sebelum pukul 5 Dina dah pegi beli kuih. Berbuka dengan kuih je dulu... Balik rumah tu baru sambung makan.
Anyway, bukan tu yang nak dipot-pet kan kat sini. Masa tengah drive balik dari kerja tu, Dina terfikir-fikir kan pasal tanggapan orang pada orang lain. Lebih tepat lagi tanggapan sesetengah orang pada Dina lah. Ada yang salah tafsirkan Dina, yang salah anggap pasal Dina, yang salah faham tentang Dina.
But hey, we're all human! Itu naluri manusia. Allah jadikan manusia bermacam-macam jenis. Allah kurniakan manusia dengan akal dan fikiran. Setiap orang lain fikiran, lain tanggapan. Betul atau salah, itu adalah hak masing-masing. Kan?
Yang penting, kita kenal diri sendiri. Yang paling penting kita tak disalah anggap atau disalah tafsir oleh orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita. Dengan adanya pelbagai jenis fikiran, tanggapan, fahaman tu lah yang menjadikan kehidupan ni dipanggil "kehidupan"!
Masukkan Komen
Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!


