Yang kiri tu Nadia Mustafar. Yang kanan tu Elly Suriati

Minggu lepas ada interview pelakon-pelakon filem "Jangan Tegur". Lupa pulak nak taruk gambar diorang haritu. Mula dari hari Khamis minggu lepas filem ni dah start tunjuk kat wayang. So apa lagi, yang dok baca blog ni sila lah check out. Dina tanya member-member yang dah tengok, diorang kata seraaammmm... WuuUuuUuuUu... InsyaAllah minggu ni Dina nak try gi tengok lah! Moga-moga filem ni mencecah kutipan yang membanggakan!! Nadia dengan Elly best ;)

Sam dari Sam CF Band (belah kanan)

Exclusive!! Sam dari Sam CF Band yang nyanyi lagu "Crazy" tu tengah hasilkan video klip baru untuk lagu baru. Nanti insyaAllah bila video klip tu dah siap, Dina akan cuba taruk kat blog Dina nih. Sam! Cepat siapkan Sam!!


Ermm.. nak order apa ye..?

Tinggg...! Order niiii! Yummy

Masa weekend atau cuti aje selalunya Dina dapat enjoy good food. Kalau tak Dina makan je apa yang ada kat cafeteria kat Astro tu. Malam tadi Dina pegi dinner kat restoran 'Passage Thru India'. Diorang sediakan makanan India Utara. Banyak sangat pilihan sampai tak tau nak pilih apa. Dah lama jugak Dina tak merasa makanan India Utara. Sekali-sekala dapat makan memang terbaik! Dari makanan, decoration, sampailah ke service diorang semuanya bagus. Tummy Dina pun happy!

Grumpy! Apa dah jadi!!? Haha..

Pejam celik, pejam celik... kucing Dina "Grumpy" dah nak masuk 1 tahun dah bulan depan. Baru-baru ni Dina bawak dia gi jumpa vet. Grumpy overweight!!! Dina pun tak sedar :P Tergemuk la pulak kucing aku yang sekor nih!! Si boyot niii.... Sayang si boyot! Moga-moga Grumpy sihat sentiasa. Meow.

Eee... marah ni! Marah! Marah! (Haa, marah betul nih!)

Camni chiternya. On the way balik dari kerja malam tadi ada lah satu kereta depan Dina nih. Tiba-tiba aje dia brake!!?? Jalan tu dah la lurus aje, takde kereta lain pulak tu depan kereta dia. Dina sikit la punye terkejut! Nasib baik Dina sempat brake jugak, sikit lagi nak langgar belakang kereta tu. Dina sempat tengok side mirror belah kiri tu, ada motor kat belakang Dina pun dah gelabah nak elak daripada langgar belakang kereta Dina. Phew! Nasib baiklah takde apa-apa pelanggaran berlaku. Punya la Dina tibai hon tu.. Tapi kereta depan tu buat dono aje. Kakiku dah goyang dah nih, terkejut punya pasal.

Dalam 3 saat kereta depan tu tiba-tiba berhenti, lepas tu dia terus drive. Semacam aje kereta tu. Drive sikit punya slow, pastu dok tekan-tekan brake. Kalau la sebelum tu Dina tak make sure jarak kereta Dina dengan kereta tu, rasanya memang dah langgar dah. Kesian my baby Shuqran. Kalau tak dah kena gi workshop dah. Oh tidaaakkk!! Dina sempat la tengok siapa yang sengal sangat dalam kereta tu... So entahlah, maybe diorang mabuk, tak pun tengah khayal..

Cukup benci orang yang mabuk atau khayal masih nak drive. Alhamdulillah Dina takde apa-apa. Alhamdulillah Shuqran pun selamat. Tu lah cabarannya kena drive sorang-sorang lepas keje. Tengah-tengah malam macam tu. Mintak dijauhkan apa-apa yang tak best lah. Amin!

Punya lah lama Dina dok try nak taruk gambar-gambar dari X-Gig kat Penang haritu. Susah gila.. asyik 'error' aje. So, di atas kesabaran Dina, dalam 2 jam barula Dina dapat upload. Penat tau! Jadi, tunjukkan rasa simpati anda dengan meng'usha' gambar-gambar yang ada nih k!!

Best giler venue kali ni. Thank you Q.E Two!!!

Crew XFM yang tengah ready untuk rock Penang

Penang... korang best!!!! Serious best!

Betapa COOL nya korang ni. Just like XFM!

Uihh.. Bukan main seronok lagi member kita yang sorang tuh!

Haa... chicas yang havoc! Mwah mwah ~

Menyampah aku tengok Shac suka posing bodo bodo camtu. Chet! Haniff maintain.

THANK YOU SETINGGI TINGGI THANK YOU PENANG!!~ Ini yang buat kitorang nak datang Penang lagi nih! Selain dapat berseronok sambil tunjuk support pada band-band indie Malaysia, dapat jugak kitorang dari KL ni tibai makanan yang semua sedap-sedap! Sampai KL terus rindu makanan Penang! Ahahahahaaa..

Teghima kaseh naa... pada SEMUA YANG DATANG X-GIG, kat venue yang indah tak terkata - Q.E.II, to our penaja T-shirt & kasut - MACBETH (check out www.macbethfootwear.com), dan of course SEMUA YANG PERFORM DI X-GIG!

Ambik gambar ni masa Joanna & Co. tengah bersiap sedia kat back stage untuk perform atas pentas X-gig kat Aloha Melaka :)

Joanna ni Dina rasa antara mereka yang paling 'petite', kecik dan comel yang Dina pernah kenal.

Hopefully nanti Joanna & Co. dapat perform kat X-gig lagi! You guys totally rawk!

Hahahahh..!! Muka Dina dah jadik 'muka cawan'.

Ehey!! Buleh pulak taruk gambar! Sajer test... huhu...

Haa... ini adalah contoh gambar yang dah ditepekkan pada cawan-cawan yang dibuat khas untuk dijualkan kepada orang ramai. Hasil kutipan tu untuk disalurkan kepada National Kidney Foundation. Dina antara 9 muka penyampai di bawah naungan AMP Radio Networks yang terpilih.. Yeaayy!!

Nanti Dina amik gambar cawan tu & try taruk kat blog Dina yang mereng ni :)

Bosan je takleh taruk gambar. Tapi takpelah, nak buat macam mana...

X-gig kat Melaka Sabtu haritu rock abisss! THANK YOU SO MUCH!!!!!!!!!! Yang berumur 18 tahun ke atas yang dapat datang tapi tak datang tu... RUUUUGIIII :P Heheheheee

JUTAAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA MEREKA DARI PAKAIAN 'ABSTRAK JINGGA'... Korang best ;)

Semorang yang perform kat X-gig cool. Semorang yang datang X-gig cool. Semorang yang usahakan X-gig cool. X-gig memang super cool! Weehuuu