Malam ni lepas abis keje pukul 12, terus bertolak pegi Melaka untuk X-gig esok! Dina kemas-kemas beg rasa macam nak pegi 5 hari pulak. Ntah kenapa tetiba je beg tu jadi berat :P Ehehehee..

Adussss, penat... Dua tiga hari ni tak dapat tido nyenyak disebabkan ada keje-keje pembinaan yangbermula padapagi hari lagi. Macam mana nak tido.... erk...

Di umur Dina yang hampir mencapai 26 tahun ni, banyak jugak lah yang Dina dah belajar pasal adat dunia & kehidupan. Bukan lah Dina tiba-tiba nak 'emo' pulak kat sini, tapi Dina rasa macam nak tulis pasal benda ni. Semua pun tau, atau mungkin juga masih ada yang kurang tau.. duit tu bukanlah segala-galanya. Memang betul pun. Ramai jugak suara yang mengatakan love adalah benda yang paling penting. Of course lah love ni bukan je terhad kepada couples aje. Termasuklah love antara families, kengkawan, etc. Dengan love tu lah adanya respect, kerjasama, tolak-ansur, semua tu lah. Walaupun love tu benda yang paling penting, tapi love jugak bukanlah segala-galanya (kot?). Ini yang Dina rasa sekarang. Siapa tau, mungkin pada umur 27 tahun (tahun depan!) Dina kata lain pulak? Heh!

Anyways, malam tadi untuk X-gig Xtended, Joanna & Co dah perform LIVE kat ZPX. Ini malam The Times punya turn!! Yippee!

Semalam adalah hari pertama X-gig Xtended. Berdebar-debar nya sebelum band nak mula perform LIVE. Maklumlah, diorang perform dari studio lain, so kena make sure semua berjalan lancar. Tak lah susah mana nak control panel tu. Tapi memandangkan kelemahan Dina yang paling besar sekali ialah machines & technology... so dag dig dug la jantung Dina :P

So semalam band Couple perform 3 lagu. Sangat happening X-gig Xtended ni. Buat kali pertamanya dibuat kat mana-mana radio kat Malaysia nih! Huhu!! So malam ni giliran Joanna & Co pulak. Yeeha!

Dari semalam lagi rasa tak sedap badan. So sebelum tido tu telan la panadol dulu. Bangun dari tido pagi tadi still rasa tak best. So Dina pun pegi lah klinik. Doktor kata Dina demam sikit. Ada lah dua tiga jenis obat yang doktor tu bagi. Dia nak kasik Dina M.C, tapi Dina takleh ambik M.C tu.. Terpaksa keje jugak harini sebab kalau tak siapa pulak nak ganti Dina kat ZPX malam ni kan...

Uhuk uhuk.. nak taknak, terpaksa lah mengorbankan demam nih... Takpe lah, esok pun dah hujung minggu. Buleh la rehat sikit kot.

Uhuk uhuk.. srot sret

Pagi tadi pukul 10, Dina kena pegi ke Press Conference sempena "World Kidney Day '09". Diorang ada kasi peta untuk gi ke tempat tu kat Petaling Jaya sana. So Dina pun dengan confident nya ikut je la peta tu. Ya Rabbiiii... sesat..??? Adalah dalam 20 minit Dina dok pusing-pusing kat kawasan sekitar tu. Dina lalu tempat tu ada la dalam 5 kali tapi Dina tak perasan. Dina salahkan peta tu la of course :P Heheheee...

Kalau ada time atau free 15 MAC ni pukul 10.30 pagi sampai 6.00 ptg, jemputlah pegi "Health & Contests Fun Day" kat SOUTH CITY PLAZA, CONCOURSE AREA, SRI KEMBANGAN.

Nanti ada jual 'mug' atau cawan yg ada muka Dina terselit kat situ. Duit yg terkumpul akan didermakan. Pi beli naaa... Hehu!!

Saya benci orang yang...

Poyo, suka menunjuk-nunjuk, suka membangga-bangga, tak sedar diri, pentingkan diri, perasan, dilamun cinta dgn diri sendiri... dan banyak lagi!

AAARRRGGGHHHH!

Memandangkan dah berapa lama Dina try taruk gambar, taruk video kat blog ni tapi kurang berjaya, so Dina cuma boleh tulis-tulis aje.

Tu yang nak chiter tuuuu..

Hari Sabtu haritu, setelah sekian lama Dina tak enjoy, akhirnya, di atas bantuan beberapa member, Dina dapat juga berseronot! Lega sikit rasanya. Dah berbulan-bulan asyik berkejar-kejar buat tu, buat ni, buat keje... so bila dapat meluahkan kepenatan & keruntunan jiwa & fikiran (ewah! serious bebeno bunyinye! ahahaha), Dina rasa.... erm... rasa... best jugak lah.

Wokey, ini malam insyaAllah Ayu akan datang untuk interview kat Zon Planet X dengan Dina.

Esok Dina blog lagi aight!! Woot!


Ini lagu baru dari Alif ataupun Alif Satar ataupun Alif OIAM. Best lagu nih! Tajuk lagu ni "Akan Tiba". Selalu je XFM kasi play lagu ni. Lagu ni jugak adalah lagu tema untuk drama kat Astro Ria, "Rona Roni Makaroni" yang ada Sharifah Amani tu.

Dina ucapkan kat Alif all the best dalam career dia. Menyanyi, mengacara, berlakon... apa saja lah!

K, enjoy video ni guys!!

Dari kiri: Taja, Bakri, Afat

Gelak-gelak manja pulak...

Diorang ni jarang-jarang serious

Yeay! Dapat ambik gambar dgn ORANG KAYA BARUUUUU!!

Malam tadi meetUncleHussain singgah studio XFM jap untuk diinterview. Walaupun lambat sikit tapi takpelah, diorang best. Tapi Lan tak dapat datang sebab "kereta dia buat kelakar", bak kata Taja. Diorang terpaksa berkejar dari photo shoot sebenarnya.

JUTAAN TAHNIAH buat diorang sebab baru menang besar malam tu. Banyak kot duit yang diorang menang... so Alhamdulillah, diorang dah derma sikit untuk Gaza. Hopefully duit tu boleh tolong kedepankan lagi career meetUncleHussain. Korang best! Korang best! Korang beeesstt!!

Shac happy melampau bila Zhana datang.. haha

Zhana = cute & sweet!

Dina suka dengan lagu "Keawangan", single pertama Zhana. Dulu Zhana masuk AF 5 tapi kejap aje sebab dia mintak nak keluar 'coz dia tak tahan miss sangat kat kucing dia. Hahahahahh.. sempat Zhana tunjuk gambar & video kucing dia dari dalam handphone dia kat kitorang sebelum dia gerak semalam.

Punya lah happy si Shac bila dia tau tetamu kita Zhana. Bila Zhana sampai studio lagi lah Shac happy! Hehe.. Dah la wangi si Zhana nih! Shac cair dengan Zhana...........