Tak pernah rasa ngantuk macam ni time time kerja. Mata ni beraaaat je. Malam tadi macam tido tak tido je. Ni yg tak best ni.

Ohh, harini pendaftaran untuk Super K punya lah banyak. Tetap ada yang mintak handphone. Ish... macam mana Super K nak pilih tu? Hehehe...

Moga-moga tak balik lambat sangat harini. Ngantok gila!!!



Ini pulak Yani. Dia amat sweet.

Haritu masa lepas makan malam harijadi boyfriend dia, Dina terperangkap dengan soalan yg Yani tanya.

Takkan tak jawab pulak... Karang lagi banyak soalan dia tanya. Terpaksa lah jawab dgn jawapan yg "kurang tepat". Bukan nak sorok hal sebenar tapi nanti taknak memeningkan kepala orang...

Macam mana kita nak jawab soalan yang kita sendiri tak la berapa tau sangat jawapan nye. Tapi soalan tu pasal diri kita sendiri. Susah! Susah!

= P



Ini Mass... Dia dok kat U.K dgn hubby dia. Balik Malaysia jap haritu sempat la jumpa dia. Pastu dia ada ajak gi sana. Cuma kena bayar tambang flight je. Tempat tinggal + makan "setel". Mau taknak? Tapi blum cukup fulus nak gi sana lagi... InsyaAllah, nanti Dina sampai jugak kat sana okay Mass!?

Seperti biasa, kena tunggu orang sudi nak sponsor kita! Huhu~



Hari ni genap sebulan Dinot ke-udara... Bukan ulangtahun, tapi ulangbulan. Banyak lagi benda nak kena belajar... Tak pakar lagi hal-hal mesin kat konti tu.

Teringat masa 1st day kena tinggal sorang-sorang buat semua sendiri. Hwwaaa~ Serious menggelabah gila!!

Tapi Alhamdulillah sekarang tak nervous dah bila buat kerja kat konti. Masih ada silap sana sini tapi semua tu kena lah ada, baru boleh belajar. Kalau tak sampai bila lah tak gheti-gheti.

Esok Merdeka kena kerja. Takpe lah, sekejap je... tak lama. Lepas tu boleh bersantai-santai!

Tanggal tiga puloh satttuuu... la la la la laaa~



Ewah ewah... bukan main posing lagi Dinot dgn Noor! Cantik kan Noor kat sini? Sentiasa hangat gitu...

Seronot gak bergambar gambar ni. Maklumlah, tak biasa... Hehehe... Cuma part bersolek tebal tu yg kureng suka sikit. Rasa berat semacam je muka. Haha.

Satu hari nanti Dinot nak jugak bergambar dgn Charlize Theron... Pelakon Hollywood yg Dinot rasa paaaaaling chantique kat sana. Antara chiter yg dia berlakon... "Mighty Joe Young" (ala... yg pasal beruk besar tuh) dan "Monster" (pasal pelacur muka kantoi giler).

Kalau artis kat Malaysia, Dinot nak bergambar dgn Maya Karin yg Dinot rasa teramat sangat bee-yu-tee-ful.

Ntah dapat ntah tak la kan?



Nak merdeka dah 3 hari lagi. Teringiiiiin sangat gi tengok fireworks display kat Putrajaya tu. Dari dulu memang suka sangat tengok fireworks!

Fireworks yang paling lama penah dapat tengok dulu ada la dalam 20 minit camtu. Gila best!

Kan best kalau dapat dok tengah tengah fireworks tu pastu kiri kanan atas bawah ada api warna warni keliling kita. Fuiiiyyoh!

Berangan... berangan!

Okay, okay.. ni ha ada soalan bocor untuk Viva Merdeka Xfresh!! Jawab soalan, pastu boleh undi kalau nak menang duit ke, nak menang barangan peribadi penyampai2 Xfresh FM! Hehehe... Shhhhhh...!

Antara soalan & jawapannya:

1) Pada 31 Ogos 1957, tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam, laungan "merdeka" telah dilaungkan di mana? - PADANG KELAB SELANGOR DI KUALA LUMPUR

2) Tun Abd. Razak bin Dato' Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke berapa? - KEDUA

3) Berapakah jumlah Perdana Menteri Malaysia sehingga kini? - 5 ORANG

4) Namakan satu daripada dua nama calon angkasawan yang bakal dinobatkan sebagai Angkasawan Pertama Malaysia? - DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR OR DR. FAIZ BIN KHALEED

Heehoo~ Good luck lah ye!!? = P



Seronok jugak bila sekali sekala makan dgn family, gi shopping ke apa ke... Kalau sakit pegi tengok.

Dapat jumpa anak sedara, tengok dia main-main pun cukup happy dah. Hilang kejap stress pasal hal-hal lain...

Hrmm, kurang sebulan lagi nak Ramadhan dah. Pastu Raya. Time-time ni macam-macam memori terlintas kat fikiran. Dari kecik sampai besar. Dulu lain, sekarang lain.

Semoga semua happy dengan family



Sampai bila pun tak tau. Tapi nak buat macam mana... Terus aje la bersabar. Tunggu selagi nyawa ada.

Memang la rasa tak best, tapi kalau orang tak dapat nak paham keadaan, apa kita nak buat? Buat lah bodoh...

Lepas tu bila kita hilang sabar, kena sorokkan aje. Nak marah pun tak boleh. Camaner?

Itulah kesenian bersabar...!



KONSERT GWEN STEFANI

Pegi tengok konsert Gwen malam tadi. Ya amat lah seronot nye!!! Hebat giler show dia! Kesian si Adi tak dapat pegi ye... Muahahahahahhhhh!!!

Ada orang belikan tiket utk kita, pegi je lah... Thanks a million = )

Kalau Beyonce jadik datang November ni... nak pegi jugak lah! Tengok siapa lagi best... Gwen ke Beyonce. Si Beyoncit kena lah gi tengok 'idola' dia kan... Huhu.

Tapi tak puas sebenarnye tengok Gwen malam tadi. Menjerit bagai nak rak~ Hehehe.

Rupanya Gwen ada sangkut paut dengan Malaysia. Ibu tiri pada suami Gwen adalah warganegara Malaysia. Oh... gitu....