Wave at me little girl
But don't bid me farewell
I'll see you again, I promise
Time and time again will tell

Grow just a little
Play as usual
Learn from your heart
And know you're smart

I miss you little girl
Your distance brings silence
The sweet thoughts of you
I keep for my rememberance



Dinot kalau dah malas sangat nak gi beli makanan atau malas nak masak (masak ke? haha. serious tak tau masak!!!), Dinot masuk aje 'pop tarts' ni dlm pembakar roti tu... tunggu dlm 2 minit camtu, pastu ngap!!

Banyak perisa ada jual kat Giant TMC Bangsar tu. Nanti nak try lain pulak. Nyum nyum...

Ada apa-apa lagi ke yg senang nak mengisi perut selain maggie mee atau Indo mee? Maklumlah, saya ni pemalas sket orang nye. Heh heh = P





Dengan pantas
Dia mengucup dahi
Lalu pergi

Dengan sayu
Dia memejam mata
Lalu rindu

Kenapa berbisik?
Seolah bersembunyi
Mencipta sunyi

Di sini sepi
Tak dapat berkongsi
Tinggal kekosongan hati





Dengan siapa? Dengan dia lah. Sebab orang tak tau hati yang sensitif. Tapi ramai orang yang tak tau jugak. Tapi yang tau tu?

Soalan kita dia tak jawab lagi. Sedih jugak. Kita cuma nak dia sedapkan hati kita je. Kalau dia ada kat tempat kita mesti dia pun terasa. Tapi entah lah.

Kita ni jenis jealous tak tentu pasal kot? Orang kata yang dah lepas tu... biar je lah lepas. Bukan kita tak tau... Tapi kalau asyik-asyik ada depan muka kita? Macam mana kita nak kata kat hati supaya buat tak tau je...?

Pujuk lah hati tu~

PUPUS (Dewa)



Aku tak mengerti ... apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan ... hidupku untukmu,
Telah kurelakan ... hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ... diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu


Suka lagu ni sebab... hehehe... Hati jadi riang~





Ramai yang ingat Dinot jaaaarang makan nasik sebab jaga diet. Hrmm, sampai dah jadi tak larat jugak la nak explain kat orang kenapa Dinot tak makan nasik sangat.

Sebab nye senang je. Dinot kurang suka makan nasik. Tapi kalau bab roti ke, mee ke... woohoo...!! Anytime! Tapi kalau ada lauk-pauk yang macam best best tu Dinot makan jugak. Nasik tak letak.

Tapi paling Dinot suka ya amat... AYAM!!!! Tapi ayam goreng tak mau. Makanan yang goreng-goreng ni kurang minat skett...

Dinot sebenarnya memilih bab makanan ni. Tak macam Beyoncit! Itu hari Beyoncit tunjuk kat Dinot locker dia. Fuiyoh! Penuh makanan je. Terror sungguh! Pastu Dinot pau dia. Heh heh. Thanks Beyoncit!

= )



Dinot + Noor



Dinot + Jason (tukang reka Xfresh website)



Dinot bershopping!!

Ahah... gegambar masa kat Bandung baru-baru ni (baru tak baru jugak lah!) utk company trip. Seronot! Dinot jarang pegi melancong sana sini. Baru sampai UK, Australia, Indonesia shj setakat ni. Singapura pun blum! Seperti biasa, menunggu aje orang nak sponsor! Huhu.

Mana pulak Dinot akan pegi lepas ni yek?~


NEW BOYZ


SOFAZ

Maaaaak aihh!!! Dinot gi showcase Ungu malam tadi kat Ruums, KL dengan Faraa.. kawan se-ofis. Giler mantap persembahan pembukaan untuk Ungu. Memula New Boyz, pastu Sofaz.

Si Tomok dah 'bosau' panjang dah. Haha. Konsep New Boyz dah lain sket dah dari dulu. Esok & Ahad Xfresh ada kasik album diorang untuk CD Xfresh minggu ni. Nyeh nyeh nyeh...

Persembahan Sofaz pulak makin menggiler sekarang. Uihh... diorang menyanyi-nyanyi dengan vokalis Ungu lagi. Tak jemu kitorang tengok.

Ungu pun best. Tapi Dina ngan Faraa cuma tau SATU je lagu diorang. Tu pun dari album lama diorang. Hahahahhh...

17 hb ada showcase Jinbara pulak. Nak pegi ke tanak eh?




Ni masa JJ (bekas Street Surfer dulu) kawin kat Melaka. Sungguh lah hepi...

Kitorang konvoi gi Melaka... seronot sebab dapat jumpa balik kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Semua yang penah keje kat Xfresh jugak.

Hati tersentuh sekejap masa bunyi kompang. Kenapa ye? Hrmm...



Sesuatu
Baru menegurku
Buat ku tercegat
Diam
Tak bersuara
Sesuatu itu
Untuk membuatku
Sedar tanpa berbahasa

Dengan Sesuatu
Walaupun dicuriga
Tapi Sesuatu itu
Rapat tak diduga
Mengajar erti harga
Betapa perlunya Sesuatu