Jom check-out siapa yang dah drop by kat konti jom!

DJ Fuzz - Dapatkan album Mixology 2!!

Seronok times dengan The Times!


Jumpalah meetUncleHussain!


Chewah... on the way ke Ipoh sambil memikirkan "semoga semuanya lancar"

Banner yang gah digantung kat pintu masuk Rum Jungle

X-gig baru nak mula, orang masih berpusu-pusu masuk ke Rum Jungle yang penuh dengan penyokong muzik tempatan. You guys rawk! Go 'pay-rawk'!!

Cuma sempat ambik gambar persembahan pembukaan dari band The Jeffry je sebab lepastu takde tempat nak berdiri ambik gambar. Gillsss!!

WOWWEEE!!!! X-gig kat Ipoh sangat membanggakan! Sambutan sangat memberansangkan dan hasil titih peluh warga XFM berbaloi! Sangat terharu..hu..hu.. TERIMA KASIH TO ALL!

Dina, Shac & Shaz bertolak dari Astro menuju ke Ipoh pukul 9 pagi. Kitorang sampai Ipoh dalam pukul 12.15 tengahari camtu, so kitorang terus lunch kat mamak, makan nasik kandar. Tak sempat nak carik makanan special Ipoh ke apa. Aduuusss... Takpelah, dah tak sempat sebab pukul 1 petang dah kena ada kat Rum Jungle. Lepas makan kitorang check-in kat tempat penginapan untuk salin baju, pastu terus gerak pegi Rum Jungle. Agak teruja dengan tempat tu. Nice..!

Pukul 2 petang, X-gig pun bermula. Persembahan pembukaan dari The Jeffry membuatkan crowd jadi lagi tak sabar nak tengok band-band lain! Pastu diteruskan dengan Free Love, Muck, Harmacy, Pesawat, Bunkface & Bittersweet!! TERBAEK!

Nak check-out gambar, sila ke www.xfresh.com/cgi-bin/xfre...

Perhentian seterusnya: JB, HERE WE COME!!

Sila enjoy video ni - Pesawat jamm lagu baru diorang!! Sekarang ni diorang dalam proses nak keluarkan satu lagi single dan jugak dalam proses nak siapkan album :) This is.... "RATIONAL EMOTIONAL", radio premiere - exclusive on XFM, for XFM cool listeners!!

Menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan penuh kegembiraan!

See you boys in Ipoh this Saturday!

Diorang kata diorang segan kitorang ambik gambar diorang

Pesawat best! Kelakar diorang ni :) Diorang kasi 5 single "Mirage" dengan sticker pesawat free je kat pendengar-pendengar yang bertuah! Thank you so much guys!! Memula semua datang konti, tapi salah sorang daripada diorang, Nizam terpaksa ciao sebelum kitorang sempat nak mulakan interview sebab dia ada hal emergency. So tinggallah Jipie, Kudux dgn Mann je. Whatever it is, ALL THE BEST UNTUK MASA DEPAN PESAWAT! Moga success kay! Thanks for the T-shirt guys!

Dari kiri: Sharifah Amani, Norliana (pengarah), Que Haidar

Malam tadi interview pelakon-pelakon dan pengarah filem "Selamat Pagi Cinta". Diorang sangat gila-gila dan semuanya pandai bercakap (Alhamdulillah..!). Mak kepada Sharifah Amani (Fatimah Abu Bakar) pun datang sekali temankan anaknya datang konti. Silalah tengok filem ni sebab harini start tunjuk kat panggung wayang.

Lihat lah muka-muka notty diorang nih! Hehe...

Moga diorang tak lupakan XFM bila dah jadi mega super star..!

Macam-macam skill diorang ada :P

Tak puas ati ar tu... Haha

Bunkface dengan Smek!

Tadi interview Bunkface :) Hehehehehehehehe.... (Seronot di hati!) Yang dapat datang cuma Sam dengan Youk je. Pa'an dengan Biak ada hal masing-masing. Diorang tak dapat jamming sebab tekak Sam kurang elok sikit. Dina pun tamau paksa lah sebab nanti nak tengok diorang perform sehabis baik kat X-gig Ipoh hari Sabtu ni..!! Nakal sunggoh mereka ni! Suka menyakat :P Takpe, siapla korang nanti kat Ipoh ehh!! Haha.. Whatever it is, diorang ni sangat cool. Lagu cool, bakat cool, band pun cool, semuanya cool. Bunkface rules!!

Bittersweet yang penuh kesopanan :P Yang paling kanan tu Smek (yang buat Indie-X tu!)

Bittersweet ni bila atas pentas lain. Bila off-stage lain pulak.. hehe

So malam tadi Dina ke-udara kat ZPX dengan Smek. Dia akan on-air dengan Dina untuk seminggu nih. Kalau yang kurang tau siapa Smek tu, dia ke-udara kat 'Indie-X' pada setiap hujung minggu...

Malam tadi kitorang interview Bittersweet. Dina tak sangka betul diorang ni boleh tahan jugak pemalunya. Sopan je semua :) Hehehe... Tapi elok lah daripada kurang ajar pulak! Bittersweet sekarang dalam proses nak siapkan album ke-2. Ada satu lagu Melayu. So, check out lah video diorang yang Dina taruk. Diorang nyanyi lagu tu :) Enjoy!!

Check out video ni!! Bittersweet buat X-plug kat konti. Diorang jam lagu terbaru diorang untuk album akan datang... Tajuk lagu ni "Ceritera". Buat julung-julung kalinya lagu ni kluar kat radio! Sangat exclusive untuk XFM!! Jangan miss tengok Bittersweet perform kat Ipoh untuk X-gig hari Sabtu ni! Wuhu!

Kanan ke kiri: Midi, Wan, PG

Ini lah dia band PRIVATE WHIZZ. Diorang dah keluarkan album tahun lepas, "Lebih Agresif". Akan datang ni diorang nak keluarkan E.P. So diorang tengah dalam proses nak siapkan E.P diorang. Sementara nak menyiapkan tu, diorang tak ambik mana-mana show sebab diorang nak concentrate pada keje diorang. Bila dah kluar E.P, baru diorang buat album kedua pulak. All the best Private Whizz!

MAXIMUS yang fofular dengan lagu "Apa Mahu Mu"

Bagus band nih. Moga diorang success... Pandai pula berjenaka! Hee ha...

Tadi interview band Maximus. Happy je diorang ni semua. Best bila dapat interview artis yang boleh bergelak ketawa... So bila Dina nak tanya soalan pun, taklah rasa serious semacam sangat. Tapi ada jugak soalan yang diorang tak kasi Dina tanya... *shhhh* Hehehe... Tapi tak kisah lah, sebab kita kena hormat pendirian diorang dan kalau diorang kata tamau, tamau la! Dina ada amik video diorang nyanyi live kat konti. Sila-sila lah check out kay..!

Band MAXIMUS nyanyi lagu "Apa Mahu Mu" secara LIVE! Sangat terror apabila dua-dua gitar yang dimainkan tu masing-masing cuma ada 5 tali je. Tetap hebat!! Serious respect :) Go Maximus! Go!!