Malam tadi bukak puasa kat Bumbu Bali, Puchong. Sampai sesat-sesat jugak lah nak carik tempat tu...



Ramai gila orang kat situ. Sampai kena tunggu kat luar utk meja. Untuk yang Muslim diorang bagi buka dengan pudding jagung (sedap gila!) dengan cincau (pelik sikit rasa dia).



Nasib baik lah sampai awal! Kalau tak terpaksa melangok kat luar kedai tu! Hehehe...

Tummy ku amat happy~



Resepi Tepung Pelita

Bahan-Bahan:

(Lapisan Bawah)

30gm tepung jagung
1 camca besar jus pandan atau pewarna hijau
300 ml air
100gm gula
10 helai daun pandan besar

(Lapisan Atas)

15gm tepung beras
? biji kelapa parut (8 oz santan)
Sedikit garam

Cara membuatnya

Campurkan semua ramuan untuk lapisan bawah dan kacau hingga pekat jernih masakkan di atas api yang sederhana.

Masukkan perwana hijau. Kacau rata.

Masukkan ke dalam daun pandan yang dibentukkan seperti mangkuk separuh penuh.

Masakkan campuran lapisan atas dan kacau sehingga pekat diatas api yang sederhana.

Curahkan ke atas lapisan bawah sehingga penuh

Kukus selama 3-5 minit.



Tidaaaaakk!! Tidaaaaaakkk!! Dah ketagih buka puasa dengan tepung pelita!

Semalam buka puasa dengan crew majalah Remaja dan pendengar2 Xfresh FM yang rock... Effie, Lieza & Atie... Ollie pun ada. Best lepak dgn diorang.. Hehehe...

Makan pun punya lah sedap! Kat D?lish Caf?, Bangsar Village. Sampai licin Dinot makan!! Hehehe. Jadi kepada mereka yg selalu kata Dinot tak suka makan, sila lah tukar statement ye? Haha!

Balik dari buka dgn diorang semua, tetap dapat makan tepung pelita! Huhu!





Tepung Pelita dekat Bazaar Taman Tun Dr Ismail, KL tu jugak yang paling sedap! Hehehehe...

Haaa kan dah krok krek krok krek bunyi perut!

Harini ada majlis berbuka puasa dengan majalah Remaja kat Bangsar. Sedap ke tak ye?



Ahaaa... inilah "flirtyb00" a.k.a BOSS kitorang! Faraa-d nama dia. Walaupun garang, tapi hati dia sweet je~

Ayat feveret dia: "Hey! Lempang kang!"

Kalau kitorang tak penuhkan blog, siap la kena berleter. Leteran dia sebijik macam mak orang, walaupun umur dia tak sampai 26 tahun pun. Dia suka kasik makanan kat ofis! Huhu. Macam seorang ibu kan? Heh heh...

Chill ye Boss!



Tak sampai seminggu puasa lagi ramai yang dah risau / sedih pasal takde baju baru utk Raya... Tak berapa faham lah kenapa.

Lalu diajukan soalan "kenapa nak kena ada baju baru utk Raya?" kat Faraa a.k.a. boss a.k.a 'flirtyb00'.

Dia kata sebab baju lama dah reput. Setiap hari Jumaat pakai baju yang sama pegi office. Orang pun dah jemu tengok. Tambahan pulak, badan dah naik 2 inchi.

Apa daaa~

Time Raya lah kena happy!! Sedih-sedih pasal nak 2 pasang baju Raya la pulaaaakkk!



Bila dalam konti, memang selalu tak terangkat panggilan telefon utk pendaftaran Super K.

Macam macam permintaan diorang. Paling banyak sekali tak lain tak bukan... handphone. Kebanyakannye budak budak sekolah la. Pastu tak kurang banyak nye orang mintak laptop. Ada untuk belajar, kerja, sesaja...

Dah lebih sekali dua berair mata sikit bila dengar cerita cerita diorang. Ada yang niat murni, ada permintaan yang menghibakan.

Tapi semalam, ada terima panggilan yang bukan nak mintak tolong drp Super K, tapi sekadar nak luah kan perasaan & masalah aje. Sampai menangis nangis dia.

Kalau boleh, memang semorang kita nak cuba tolong... Tapi apa kan daya... tak mampu la pulak!

Tapi kalau sekadar dapat tolong mendengar je pun, dah kira tolong kan? Buleh le tu...

Abis Dinot ni... siapa nak tolong? Hhwwaa... Nak handphone jugak! Nak laptop jugak!~



Salam Al-Mubarak! 1st day puasa memang la perut buat bunyik pelik pelik... Hahaha. Tahan, tahan...

Alhamdulillah dah baik demam. Haritu sampai tak boleh bangun... Kesian... Hehehe. Ada virus tengah berlegar-legar di udara kot? Ish!

Makanan favourite sempena bulan puasa ni Tepung Pelita. Harap2 dapatla carik harini = ) Tapi kekadang tu diorang saje je jual mahal2, last2 tak sedap. Nak save cost la tu konon! Tak baik buat camtu di bulan mulia ni! Tapi nak buat macam mana kan, saya ni pemalas orang nya... buat sendiri tak mau! Huhu.



Naaaaaakk!!! Nak gi teghjon kat dalam tu!! Nak! Nak!

Lagi best dari pantai atau laut. Dinot lagi suka air terjun & gunung ganang! Nyamaaaann...

Bila dapat berchoti choti nih? Boss tak sign lagi borang mintak cuti. Apa niiii....



Mau tak gila tengok Johnny Depp?? Kalau dapat ambik gambar dengan Mr. Depp ni... umph... Boley pengsan wo...!!

I like! I like!!