Eeee... geram sungguh dgn bebudak ni!!


Masa depan

Gambar-gambar ni ambik bulan lepas... December 2008. Harijadi Farisya & Farynna. Sorang masuk 2 tahun, sorang lagi masuk 4 tahun. Birthday diorang dekat-dekat. Farisya 24 December, Farynna 27 December. InsyaAllah birthday party diorang tahun 2009 nih, Dina nak try buatkan pulak! Saja, suka-suka nak decorate... Yang tu je Dina boleh buat. Nak masak memang tak dapek!! Melainkan Dina belajar dari sekarang lah kot? Ermm... nah, I don't think so!

Dayung.. dayung sampan...

Wow! Banyaknye sampan!!

Nak pinjam topi Dina? Takleh!! Nak gi jual sayur nih...

Naik bot merentas Delta Mekong

Tu....... macam...... jambatan Pulau Pinang!!???

President's Palace. Eh, silap. Dina's Palace (memang tak la..!!)

Uncle Ho (Ini lah Ho Chi Minh)

Setelah sekian lama, akhirnya Dina update blog Dina. Selama ni, tak dapat nak update sebab server kasi problem. Nak upload satu entry ni pun Dina kena ambik masa berjam-jam. Dina pun kurang faham kenapa. Maklumlah, otak Dina tak bergeliga sangat tentang technology ni!! Haha.. Tapi Dina try jugak lah...

Hopefully masih belum terlambat untuk Dina ucapkan HAPPY NEW YEAR! Dina tak pernah buat azam tahun baru. So tahun ni pun memang takde. Pada Dina, kalau nak buat azam, takyah tunggu tahun baru :P Cuma Dina harap tahun ni all goes well for me, my health & happiness. Happiness dari segala segi. Work, love, money, erm... apa-apa yang patut!

2 hb Januari haritu Dina pegi Saigon atau Ho Chi Minh City, Vietnam. Dina pegi berdua dengan Mak. Dok sana dalam 4 hari 3 malam. Seronot jalan-jalan... tengok pemandangan, pegi tempat bersejarah, lintas jalan (yang lalu lintasnya pelik!), naik sampan, naik bot, shopping...

Kat Vietnam memang susah nak carik makanan halal. So package yang Dina ambik tu Alhamdulillah, termasuk sekali dengan makan kat restoran makanan halal. Ada 2 je restoran makanan halal kat sekitar Ho Chi Minh City tu. Tapi Dina sampai tak larat makan nasik!! Dina tak minat nasik, tapi terpaksa telan je lah. Mana ada makanan lain nak makan! Nasib baik lah dapat sarapan makan roti dekat hotel tu. Sebab makanan lain tak halal! Haha... Nasik pun nasik lah, daripada takde makanan? Alhamdulillah la tu! Sampai KL je terus Dina makan mee!!! My favourite Indomee :P

Semalam Dina baru start keje balik setelah seminggu lebih ambik cuti. Habiskan cuti tahunan 2008. Rasa macam tak puas pulak cuti baru-baru ni. Hehehe...

Pak Din

Kecik aje orangnye Pak Din nih

Dalam dunia skateboarding kat Malaysia, tak mungkin tak tau nama Pak Din. Sebelum ni Dina cuma dengar aje nama Pak Din, tapi tak tau rupanya macam mana. So sempena Putrajaya Xtreme Games, Pak Din datang ke studio XFM untuk sesi interview. Walaupun dah ol' skool abis dalam bidang skateboarding, Pak Din masih cool! Semoga dunia skateboarding dan xtreme games yang lain kat Malaysia ni terus berkembang dan maju semaju Mawi World :P

Kegilaan lelaki-lelaki Malaya masa kini... Kiri ke kanan: Noris Ali, Scha, Liyana Jasmay, Reanna

Ada je yang nak menyelit!

Minggu lepas ada interview pelakon-pelakon filem "Histeria". Tapi sebab pelakon filem tu ramai, kitorang buat dua bahagian. Yang datang ke studio kali ni pulak Scha, Noris Ali, Liyana Jasmay & Reanna (Reanna ni jugak pengarah filem "Selamat Pagi Cinta"!!!).

Yang kelakarnya, tiap-tiap malam Dina keseorangan je dalam studio. Tapi kali ni dipenuhi dengan orang lain sekali. Shac ada, Smek ada, boss kitorang pun ada sekali.... Hahahahahhh... Biasalah, diorang nak jugak nak tengok tetamu yang cun meletop!! Huhu!

View dari bilik hotel. Boleh nampak Singapore!

Open band: Wasted Room

Open band: Statik

Open band: The Rhaman

Killeur Calculateur

Pesawat

Seven Collar T-shirt

The Times

Kiri ke kanan: Riena, Hani, Farah, Dinot

Z ni room mate Dina kat JB

JB crowd - you guys know how to have rockin' good fun!!!

Sabtu 13 Disember 2008

9.30am : Dina sampai Astro

10.00am: Bas bertolak dari Astro ke JB

3.00pm: Bas sampai hotel & check-in

5.30pm: Lepak kat mamak sebelah hotel

9.00pm: Makan malam kat Stulang Laut

11.00pm: Lepak kat bilik hotel & tido

Ahad 14 Disember 2008

9.00am : Breakfast kat hotel

1.00pm : Check-out dari hotel & gerak

1.30pm : Sampai CT Cafe & Sports Arena, CT Plaza

2.00pm : X-GIG JB BERMULA!!!!!

6.00pm : X-gig JB abis

6.30pm : Makan kat Stulang Laut

7.30pm : Bertolak ke KL

11.30pm: Sampai Astro (LEGANYAAAAAAA)

Cantik dan comel semuanya. Pelakon-pelakon tu lah... yang penyampai radio tu tak...!

Ain! Masa kecik-kecik dulu rajin gi hang out rumah dia kat Bangi! Sekampung... hehe

Saya lah yang paling tua time ni

Georgeous! Kiri ke kanan: Yuhana, Talya, Ainul Aishah

Pelakon-pelakon filem "Histeria" yang di-interview oleh Dina. Sangat cool! Ainul Aishah atau Dina panggil Ain ni orang Bandar Baru Bangi. So masa Dina sekolah rendah dulu Dina rajin lepak kat rumah dia. Dina baik dengan kakak Ain. Dah besar panjang dah si Ain nih! Dah tersenarai dalam majalah 'Eh! - 20 Yang Anggun' lak tu!

Anyway, rasanya memang betul-betul seram filem nih! Diarahkan oleh James Lee, pengarah filem indie. Ini filem mainstream pertama James Lee... So, peminat-peminat indie (tak kisah la muzik atau apa saja) boleh tunjuk support. Gi tengok filem ni ramai-ramai. Jangan la tengok sorang lak! Takut ke apa nanti! Dan tengok tu biar tengok betul-betul. Jangan tutup mata. Nanti tak paham chiter pulak... All the best girls!!

Wordsmanifest a.k.a. Wan

Dia tak tau nak buat apa bila kena suroh pegang bantal tu

Bila disebut "Wordsmanifest", ingatkan ramai dalam sebuah kumpulan. Tapi bukan. Sorang je. MC Wordsmanifest nih daripada group Hip Hop, THE REBEL SCUM. Actually nama dia Wan. Dia kata dia guna nama tu sebab sebagai seorang MC, kenalah kotakan kata-kata yang dikeluarkan. So gitu lah... Tak paham takpe. Hehe... Wan datang interview kat studio sempena album kompilasi 'One Asia - Asian Hip Hop's Best Kept Secrets'. Nantikan album THE REBEL SCUM yang akan datang tahun depan. Wan is a cool dude! Wuhu!

Mwah mwah!

Dari zaman sekolah memang kena dok belakang je bila amik gambar! Haha

Kanan ke kiri: Yani dah kawin, Nana dah tunang, Dina......., Iza dah berpunya

Yang mana satu... pilihan kalbu...

Haritu pegi kenduri kawin sepasang kawan Nazmir & Nora. Diorang kawin kat Eastin Hotel, Petaling Jaya. Seronok bila sekali-sekala dapat ber-together gether dengan kengkawan yang agak lama tak bersua... Gambar pengantin takde pulak. Gambar kitorang je sana sini sibuk nak ambik! Hahahahh... Pengantin busy bersanding kat pelamin... Pak ke pak ke pung ke pung!!


Altimet freestyle kan lagu baru "Mimpi" yang akan dimuatkan dalam album terbaru nanti. Seperti biasa, EXCLUSIVELY FOR XFM!!

Tinggi jugak Altimet nih!

Altimet kepenatan, tapi tetap cuba senyum. Hehe..

Apa dah jadi niiiiii...? Sepatutnya, Phlowtron yang datang interview kat konti. Tapi tak jadik pulak. Nasib baik Altimet nak datang! Altimet sentiasa bagi support kat XFM. Thank you Altimet!! Walaupun dia penat sebab terus datang dari studio, tapi dia takde hal je. Ni yang bestnya Altimet nih!! Dia sekarang ni dalam proses nak keluarkan album baru... Tahun depan siap! Nampaknya hip hop kat Malaysia masih lagi hidup :)

Nah! Enjoy lagu best nih... "Aku Pelangi" dari Joanna & Co!

Ala... semuanya macam malu-malu je... Hee...

Tadaaaaa!!!

Sampai jugak Joanna & Co ke konti XFM! Walaupun diorang terlambat sampai sebab ada hal sikit, tapi diorang tetap datang! Thank you so much, especially kepada Joanna yang sanggup berkorban walaupun keadaan dia sebenarnya taklah begitu mengizinkan malam tu. Tapi Joanna tetap steady menyanyi. Cool! And the guys pon cool! Thank you for the cute stickers ye :)